Sabtu, 10 September 2011

Nasi Berlauk


Nasi ( Pandai2 la nak masak nasi macamana )

Gulai Ikan
( gulai ikan ni, bahan2 dia lebih kurang ngan bahan kita nak buat singgang ikan..cuma ganti air ngan santan n tambah kunyit jer untuk nampak kuning )
1 ekor ikan mackarel
1 biji bawang merah saiz sederhana
4 ulas bawang putih
beberapa keping lengkuas kering
2 keping Cili Kering
2 keping asam gelugor
3 cawan santan
kunyit
garam
air

1. Siang ikan..cuci bersih, potong 4 atau 5.
2. Blend bawang merah, bawang putih, lengkuas dan cili kering.
3. Masukkan semua bahan dalam periuk, buka api..
4. Bila gulai dah mendidih dan hampir masak, baru masukkan garam.
5. Rasakan masam, masin, pedas...( ikut suka lidah )

Nasi berlauk ni, sedap makan dengan sambal dan budu..memang rasa duk kelate doh la...


Khamis, 8 September 2011

Crepe @ Krip @ Lempeng

Crepe ni sejenis lempeng..lg nipis dr y biasa2 tu...Inti pakai ikut suka..nk manis letak jem..kalau rajin sikit..buat la inti ayam ke..daging ke..apa2 jer la..
Kt Mesir ni, ada satu tempat y popular giler ngan krip..Zaqziq..dulu aini ingatkan krip ni mknn tradisi org2 tempat tu..tp, bila google2, rupa2nya krip ni asal dr franch..disesuaikan dengan keadaan orang2 kt sini y suka mkn roti..y dah siap ada inti kt dalam..( tokmiyah la kan..)
Resepi kali ni ialah krip y mcm KFC ( org panggil roller )...kalau malas buat..blh jer beli..murah jer..3.50..kalau rajin blh try kt rumah..

Crepes ( Krip @ Lempeng )
1 cawan tepung
2 biji telur
1/2 cawan susu
1/2 cawan air
1/4 sudu kecil garam
2 sudu besar mentega, cair
1. Gaul tepung dan telur. 
2. Tambah susu dan air. Kacau sampai sebati
3. Tambah garam dan mentega. Kacau sampai lembut
4. Panaskan kuali dan minyak.
5. MAsukkan adunan dalam kuali. leperkan.
6. MAsak sehingga kuning..boleh dihidangkan panas2.
ayam goreng
1kg daging ayam
1 biji telur
2 sudu minyak
2 sudu serbuk lada putih
1 cawan tepung
1 cawan serbuk roti
minyak untuk menggoreng
1. Ayam dipotong panjang2. kemudian dibersihkan
2. MAsukkan ayam dalam mangkuk, telur, minyak dan serbuk lada putih. Gaulkan sehingga rata. Perap selama 30 minit.  
3. Lepas tu, ambik ayam yang diperap, golek2 dalam tepung lepas tu salut pulak dalam serbuk untuk rasa rangup.
4. Panaskan minyak dan goreng...
Untuk buat Roller
1. Buat krip
2. Letak sayur ( kobis atau apa2 jer), salad, mayonis sikit, mustard ( ikut suka mulut nk letak apa ) then letak ayam goreng pastu, gulung..roll it..
3..taara dah siap roller..

Isnin, 5 September 2011

Cendol + Kuah Santan


Cendol

Tepung Kanji ( bahasa arabnya..nisya )
Air
Pewarna 
Nisbah tepung : air ( 1 : 3 )
1. Masak air sampai mendidih..
2. Masukkan tepung.
3. Kacau sampai sebati..
4. Masukkan pewarna...
5. Bila agak2 dah mcm keras sikit...blh la tutup api..
6. Letak air dalam bekas..( klu blh air sejuk )..kat ats bekas tu, letak la penapis y berlubang ( konon2nya macam acuan cendol la..klu xder penapis tu, boleh la nk guna plastik yg ditebuk ( tebuk kecik jer )..
7. Fungsi air ni, nk bg cendo tu cepat keras..

Kuah Santan
Nyior kering
Air
Gula
'Asal Iswid ( gula dengan 'asal ni sebagai pengganti gula melaka )

1. Rebus nyior kering sampai kembang..( kalau x rebus..xdptla santannya )
2. Kisar nyior ( pakai blender baru cepat hancur )
3. Tapis nyior tadi..( ikut suka nk pekat macam mana )
4. Ambik santan..letak atas api...
5. Bila dah macam menggelak tu, masukkan gula denga 'asal..( ikut suka lidah nk manis ke masam )
6. Kacau2..bila dah masak..bolehla angkut buh dalam mangkuk..

p/s : resepi ni guna apa2 yang ada yang kat mesir jer..kalau rasa sesuai nak diamalkan kt Malaysia..boleh jer,,



Set Nasi + Tomyam + Telur Bungkus


Untuk Nasi ( kat rumah kami mkn beras basmati..beras yg beli kt rumah negeri tu selalunya cmpur ngan beras arab..nasi jdik lembik..kdg2 blh buat kita jd skit prut )..beras basmati..kena letak banyak air..

Untuk Tomyam ( resepi abang )
1biji bawang merah ( sederhana besar )
5 ulas bawang putih
2 biji tomato
1 paket pes tomyam ( ada jual kt koperasi )
2 btg serai y diketuk2 ( ni beli kt kdai sayur arab..dh ada jual )
¼ ekor ayam
beberapa keping daun limau purut
Garam secukup rasa
Cili ( kalau musim panas..cili sgt pedas )
1.       Tumis bawang merah n putih…
2.       Masukkan pes tomyam…bg dia naik bau sikit
3.       Masukkan tomato yg dh dipotong dadu
4.       Masukkan ayam dan serai…
5.       KAcau2 kejap…
6.       Masukkan air…agak2 ayam tu tenggelam @ ikut suka la nk kuah byk mana
7.       Bila la menggelak tu, adjust rasa dengan garam
8.       Dah puas ati..boleh la angkut…


Untuk Telur Bungkus
Seketul daging ( agak2 segenggam..cingcang tp xyah la halus sgt..agak2 blh dimamah dan ditelan dengan senang )
½ biji bawang merah ( saiz kecil..potong dadu )
3 sudu sayur campur ( beli yg dalam paket kt kedai 2..ada byk jenis..ikut suka lidah nk mkn y mana )
½ biji tomato potong dadu
Kicap cukup rasa
Serbuk lada putih cukup rasa
Garam cukup rasa
2 biji telur
1.       Tumis bawang merah.
2.       Dah nmpk layu, masukkan tomyam sikit ( nk bg rasa n aroma )
3.       Masukkan daging
4.       Bila daging dah empuk..masukkan sayur campur
5.       Masukkan tomato
6.       Masukkan kicap, lada putih, garam.
7.       Rasakan best ke tak..
8.       Boleh la di angkat dr api..
9.       Pukul telur dalam mangkuk, masukkan lada sulah sikit, garam sikit…
10.   Goreng atas kuali..buatkan leper…Suka ati nak besar mana ( klu buat nipis sgt..koyak..klu buat tebal..susah nak lipat )
11.   Letak inti daging y dah mask td.
12.   Lepas tu bungkus..dah siap…( bentuk ikut kreativiti..selalunya empat segi la )
Sekian..Selamat Menjamu selera…
p/s: resepi di sini kebanyakan adalah resepi perantau yang direka mengikut bahan2 yang mudah di dapati di Mesir… 

Jumaat, 2 September 2011